Fitnah di Malaysia July 5th, 2008
Cukuplah wahai media Malaysia. Aku dah bosan. Tak habis-habis nak kata dekat orang lain. Tapi orang yang di kata terus teraniaya. TV3 cuba bercakap mengenai fitnah, aku tak nafikan apa yang dikeluarkan oleh mereka ada sesuatu yang amat baik. Tapi, apa yang aku lihat adalah seperti mempergunakan Al-Quran sebagai dalil untuk kepentingan diri sendir. Apa yang aku dapat lihat mereka menggunakan Al-Quran sebagai medium untuk menghantam Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menghadapi fitnah yang beliau telah meliwat seorang lelaki yang bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan. Aku rasa lelaki ini akan menjadi tidak bermaruah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah. Moga-moga solat hajat yang akan dia adakan di Stadium MPPJ dan di imamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dapat memberi petunjuk kepada siapa sebenarnya yang bersalah.
p/s : apa yang paling aku pelik sekali ialah, kalau meliwat dengan kerelaan boleh ke? ![]()
p/ss : laman web Utusan Malaysia kena hack. Yang pasti itu saja suara yang mampu komputer luahkan.
Tags: Al-Quran, anwar, bukhari, datuk, hacked, ibrahim, kelantan, liwat, malaysia, nik aziz, PKR, saiful, seri, utusan
Posted in Crepe, Life | 6 Comments »
Selasa 08042008 April 8th, 2008
Bangun pagi tadi aku relaks saja. Lepas tu terasa pula nak belek-belek surat khabar. Hidupkan enjin motorsikal pi kedai. Duk tengok-tengok yang mana berkenan. Alamak, macam mana boleh terbawa satu ringgit saja.( menyesal tak sudah seorang diri ). Terkesima aku. KOSMO! haa, itu yang aku ternampak. Cukup-cukup dengan modal aku seringgit. Lepas juga nak beli surat khabar yang menipu. Bacalah HarakahDaily untuk sumber berita anda.
Tapi bahagian yang paling aku suka dalam KOSMO! hari ini ialah di SMS pilihan. Aku tengok dah ada perubahan dalam otak manusian Malaysia. Boleh aku katakan tadi yang ramai daripada penghantar SMS mengunakan medium ini sebagai pusat untuk berdakwah. Banyak mesej agama yang aku tengok. Alhamdulillah, kita dah berubah. Aku suka keadaan ini terus berlaku. Sekian.
p/s : menulis tanpa sebarang kepakaran dalam bidang tertentu menyebabkan aku selalu tersasul dan terkeluar dalam penulisan.
Tags: harakah, HarakahDaily, KOSMO!, nik aziz, nik mat, PAS, SMS
Posted in Crepe | 4 Comments »
Penantian Itu Satu Penyiksaan. March 20th, 2008
Salam Maulidur Rasul 1429. Semoga tahun ini kita bakal menjadi generasi baru yang membawa contoh akan datang.
Aduh, kena tunggu lagi setahun, dulu orang suruh mengaji dia tak mau, bila dah tak lulus baru sibuk nak mengulang. Itulah aku, terkandas dalam medan perjuangan yang mana aku tewas. Tak mengapa, langkah ku atur kembali bagi menempuhi peperiksaan yang seterusnya. Aku merujuk kembali diri aku, bermuhasabah sendirian, dan aku memahami aku tidak cukup lengkap bagi meneruskan perjalananku melainkan bermula semula. Maka sebermulalah dari saat ketika ini aku melakukan “big-bang” dari dalam diri aku untuk menjadi aku yang lebih mengerti.
Kegagalan aku bukan bermakna aku terus gagal, bahkan satu jalan untuk aku pergi lebih jauh. Percayalah!!!. Jangan aku tersungkur di medan ini.
p/s : malam ni ada ceramah sempena Maulidur Rasul di Alor Setar. Ahli panel cukup terkenal, Ustaz Azizan Razak ( Menteri Besar Kedah ) Ustaz Hadi Awang ( Presiden PAS ) Tuan Guru Ustaz Nik Aziz ( Menteri Besar Kelantan ) . Ayuh isi hati rohani.
Tags: aku, azizan, hadi awang, Kedah, kelantan, Maulidur Rasul, menteri besar, nik aziz, PAS, STAM, terengganu
Posted in Crepe, Islam | 4 Comments »