Fast Update #1

This is my fast update for the July. Of course for about a long hiatus (not so long) I’ve made this for my silent blog reader. Just in case you want to know what I’m doing right now. Yes, I can use Twitter but seem blog much more power and energy for me.

  1. I just received zakat from Zakat Kedah. Alhamdullillah, thanks for Jabatan Agama Islam Negeri Kedah for helping me us on the processing.
  2. Jabatan Agama Islam Negeri Kedah also announced that all the Al-Azhar candidates will be departure on end of August. So early than last year.
  3. Biro Tata Negara will be held on 05 August 2009 till 09 August 2009 (for Kedah, Kelantan and Terengganu. And so Arabic Languages Course will be follow after that.

Nice and steady, still had some time to go through on with our Malaysia. Thanks

Fitnah di Malaysia

Cukuplah wahai media Malaysia. Aku dah bosan. Tak habis-habis nak kata dekat orang lain. Tapi orang yang di kata terus teraniaya. TV3 cuba bercakap mengenai fitnah, aku tak nafikan apa yang dikeluarkan oleh mereka ada sesuatu yang amat baik. Tapi, apa yang aku lihat adalah seperti mempergunakan Al-Quran sebagai dalil untuk kepentingan diri sendir. Apa yang aku dapat lihat mereka menggunakan Al-Quran sebagai medium untuk menghantam Datuk Seri Anwar Ibrahim. Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sedang menghadapi fitnah yang beliau telah meliwat seorang lelaki yang bernama Mohd Saiful Bukhari Azlan. Aku rasa lelaki ini akan menjadi tidak bermaruah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak bersalah. Moga-moga solat hajat yang akan dia adakan di Stadium MPPJ dan di imamkan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dapat memberi petunjuk kepada siapa sebenarnya yang bersalah.

p/s : apa yang paling aku pelik sekali ialah, kalau meliwat dengan kerelaan boleh ke? :-?

p/ss : laman web Utusan Malaysia kena hack. Yang pasti itu saja suara yang mampu komputer luahkan.

Penantian Itu Satu Penyiksaan.

Salam Maulidur Rasul 1429. Semoga tahun ini kita bakal menjadi generasi baru yang membawa contoh akan datang.

Aduh, kena tunggu lagi setahun, dulu orang suruh mengaji dia tak mau, bila dah tak lulus baru sibuk nak mengulang. Itulah aku, terkandas dalam medan perjuangan yang mana aku tewas. Tak mengapa, langkah ku atur kembali bagi menempuhi peperiksaan yang seterusnya. Aku merujuk kembali diri aku, bermuhasabah sendirian, dan aku memahami aku tidak cukup lengkap bagi meneruskan perjalananku melainkan bermula semula. Maka sebermulalah dari saat ketika ini aku melakukan “big-bang” dari dalam diri aku untuk menjadi aku yang lebih mengerti.

Kegagalan aku bukan bermakna aku terus gagal, bahkan satu jalan untuk aku pergi lebih jauh. Percayalah!!!. Jangan aku tersungkur di medan ini.

p/s : malam ni ada ceramah sempena Maulidur Rasul di Alor Setar. Ahli panel cukup terkenal, Ustaz Azizan Razak ( Menteri Besar Kedah ) Ustaz Hadi Awang ( Presiden PAS ) Tuan Guru Ustaz Nik Aziz ( Menteri Besar Kelantan ) . Ayuh isi hati rohani.