. . . . . . . Jam terus berbunyi.Sekarang dah pukul 10:00 pagi. Terasa pantas saja masa berlalu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku terus lena dalam kepantasan masa ini. Beberapa puluh jam dari sekarang tahun 2008 akan menjelma meninggalkan 2007 dengan bermacam-macam 1001 kenangan yang pahit, manis, masam, secukup rasa dan tiga rasa. Dan yang paling pasti tahun 2008 akan datang dengan membawa suatu cabaran baru buat umat manusia bagi menempuhi hidup yang akan mendatang. Debaran bagi menunggu keputusan peperiksaan STAM semakin bertambah dan semakin hari aku semakin takut untuk melangkah lebih jauh. Hanya ada dua pilihan. Berjaya atau mengulang. STPM, oh tidak sanggup. Mendapat sesuatu yang tidak di ramalkan dalam keputusan peperiksaan adalah amat membanggakan untuk diri aku sendiri. ![]()
Tapi kadang-kadang aku tak paham dengan manusia yang semakin hanyut deras dalam arus ini terus lena di ulit intan ‘enjoy’ kata mereka… Masih aku bertambah serabut dengan remaja kini. Aku tidak nafikan aku juga seorang remaja seperti mereka tapi, wooii bangun laa jangan asyik hidup dalam mujur dan berharap saja.
Sepatutnya tahun pada tahun 2008 kita perlu ‘post-mortem’ kembali masa lampau 2007 kita. Lihatlah apa dosa kita(termasuk aku) dan seharusnya sambutlah tahun 2008 dengan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T dengan selalu mengucapkan Alhamdullilah kerana masih dipanjangkan umur kita. Aminn …

4 Comments
2008..angka yang besar..dan juga kelihatan sudah lama….adakah anda berazam?..
belum lagi…mungkin malam tarikh satu haribulan januari 2008….apa akan jadi pada tahun hadapan yg bakal menjelang esok lusa…
kau bayangkan malaysia menggunakan kalendar hijrah sebagai kalendar rasmi
pasti lebih bahagia.
tiada cuti pada hari ahad kerana itu hanya bagi mereka yang beragama kristian.
Post a Comment