Skip to content

Jalan-jalan… Kerjalah…

Cemburu, dengki, hasad, geram… X(

Ishh…macam mana aku nak muntahkan dan luahkan segala rasa hati ni. Geram aku lihat semua kawan-kawan yang sebaya dengan aku, yang bersama-sama menduduki peperiksaan STAM 2007 bersama-sama dengan aku dah dapat kerja sampingan (ataupun sepenuh masa). Aku tengok mereka dah boleh mengukir senyuman dari raut wajah yang kepenatan.Petang tadi aku bermotorsikal meronda-ronda sekitar pekan berhampiran melawat beberapa rakan yang baru pulang dari kerjaan. Mereka ni buat “part-time” jadi gaji boleh la ambil dua kali sebulan. Hari yang ke-15 dan hari yang ke-30. Perghh…teruja aku tengok semua shopping handset bagai nak rak. Canggih-canggih belaka. Puas hati mereka. Tak kurang juga dengan seorang rakan aku yang telah berjaya memiliki Yamaha LC135 ES. Memang berbaloi laa korang penat kerja.

Ok. Aku juga tak mau nak lupakan rakan aku yang menduduki semula kertas peperiksaan SPM dek ke-kantoi-an paper yang tahun lepas. Tahun ni pasti lakukan yang terbaik.

Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah

La la la 6x

Ha…pening kepala…
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya….
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama…
Rupa oh rupa2 nya…
Kerjaan saja…

Chorus:
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja…kerja…

Repeat chorus 2x

Ahhhh..terpinga-pinga…
Tak puas lagi beradu…mengantuk~…
Subuh hingga senja…
Hari hari sama saja…

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada…
Minum saja…
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja…

Repeat chorus 2x

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan…
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma…
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana…

Repeat chorus 2x

Baik sambung cerita aku tadi. Walaupun gaji mereka tak seberapa sekurang-kurangnya mereka dapat menghabiskan masa cuti mereka dengan aktiviti yang lebih menyihatkan badan, berbanding dengan aku yang hanya makan, internet, dan tidur. Pengalaman itu yang penting. Memang itu aaku tak nafikan.

Nak ber-blog pun sekarang dah jadi badmood. Kalau aku berkerja, mesti ada cerita dari tempat kerja yang aku boleh ceritakan disini… mmMMmm.. ?

7 Comments

  1. relax bro…lain org..lain caranya…

    Posted on 15-Nov-07 at 12:25 pm | Permalink
  2. samada kau yang tak minta atau kau yang malas nak gi cari kerja. hua3. :p

    Posted on 16-Nov-07 at 12:47 am | Permalink
  3. adib

    @kid:mmg aku dh jumpa…hidup kena sabar…
    @CypherHackz: ermm… X( .. :) aku dh jumpa dh.cuma nak pegi interbiul saja..

    Posted on 17-Nov-07 at 3:39 am | Permalink
  4. yerp yerp…ala keje part time depa tak memilihnyer…jgn risau pasti dapat…ker ko dah dapat dah? hhuhu

    Posted on 19-Nov-07 at 9:52 pm | Permalink
  5. dah jumpa?tahniah!2x

    Posted on 20-Nov-07 at 10:33 pm | Permalink
  6. OMG! I can’t believe that someone’s actually writing about getting part-time jobs and all. i nak tulis pasal nih sebab i am myself is so in need of part time job to fill this wasted time space. dah la duduk sendiri and sewa umah pun mak bayar kan… omg. i am so jealous of those people yg dah beli handphone baru sumer tu.. dang!

    Posted on 21-Nov-07 at 8:41 pm | Permalink
  7. adib

    @azmie: huh..bro dh kene saiko filem nih..mesti tgk Hot Fuzz…yezza..dh dapat dh..tp letih ar..

    @kid: yaa dh pon..

    @nazzlurvism: yeah…letih owhh..keje nih..tambahan plak 10jam keje…WTH…klu nk bt OT leh jd sampai 12jam satu hari..ish…don’t worry rezki melimpah ruah kt atas bumi…rajin la mencari..

    Posted on 22-Nov-07 at 8:07 pm | Permalink

Post a Comment

Your email is never published nor shared. Required fields are marked *
*
*