
Entri ini bagi aku mungkin agak pendek kerana hanya sepatah dua sahaja akan di ucap. Pertama, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50. Syukur kepada dJJI kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat terus menikmati kehidupan aman dan selamat ini. Untuk Merdeka pada kali ini aku telah teragak ekstrem(kemungkinan) kerana aku akan keluarkan semua jenis merdeka yang ada di dalam alam blog ini(huh.
bagaimana nak lakukan).
Kedua, aku juga teramat seronok dan berbesar hati apabila ada juga insan yang tersayang /disayangi dan menyayangi diri ini (aku laa) sebab menghantar mesej SMS kepada aku sempena ulangtahun hari lahir aku. Terima Kasih tanpa kamu semua mungkin telefon bimbit Nokia 1112 aku tidak berdering di pagi hari Merdeka kerana menyahut semua mesej kalian.

Ketiga, aku sudah menggilakan diri aku dengan beberapa penambahan untuk menaikkan unsur kemerdekaan. Aku akan terus biarkan Jalur Gemilang berkibar di blog aku. Harap Maklum. Aku juga telah mengenakan logo Malaysiaku Gemilang yang diambil secara percuma daripada liewcf.com.

Akhiran, aku juga ingin mengingatkan kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan dunia nyata dan blog; aku sudah 18 tahun maka dengan ini aku bebas melakukan apa saja yang terbatas bagi batasan kamu yang bawah umur. Tetapi jagalah adab dan tatasusila kamu wahai manusia yang berbangsa melayu. Katakan Tak Nak! setiap sedutan membawa padah(walaupun 18 jangan sekali-kali mencuba). Cukuplah latahan aku untuk edisi kemaskini blog pada pagi yang mulia ini. Jam sudah menunjukkan pukul 4:26 am; Jumpa lagi pagi esok aku mahu tidur dulu kerana esok aku mahu bercerita mengenai cara dan bagaimana rakyat Malaysia dan yang lain-lain menyambutnya.
p/s : gambar aku ciplak merata…apa laa yang aku tulis nih..susah nak paham.. 