About

Muhammad Adib bin Haron. Dilahirkan di Hospital Besar Alor Setar. Merupakan anak kedua daripada tujuh orang adik beradik. Mendapat pendidikan pertama di Sekolah Kebangsaan Siputeh(Tahun 1-6,UPSR). Kemudian menyambung pengajian di peringkat menengah di Sekolah Menegah Agama Nahdhah Hasanah(Tingkatan 1-6 PMR,SMRA,SPM,STAM) ,Melele, Kedah.Beliau sekarang adalah manusia yang agak bebas di dunia internet ini.

Sebermulanya kisah blog beliau ketika di penghujung Tingkatan 4. Blog pertama beliau adalah (http://www.adib.xkomps.net), kemudian berpindah ke (http://www.adib.putraonline.net) untuk pengetahuan anda kedua-dua database blog beliau tidak dapat diselamatkan. Sekarang ini beliau menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh Azmie.net (pemilik Gempax.net) seperti yang anda dapat lihat dan baca beliau tidak pernah mempunyai domain peribadi.

Dan ini amat meloyakan kerana beliau adalah seorang blogger yang agak profesional(perasan lebih). Walau bagaimanapun kini beliau berusaha untuk mendapatkan penulisan yang lebih matang. Harap segala komen dan semangat anda akan membantu beliau dalam meneruskan kehidupan di dunia yang tidak nyata ini.

friendster:http://www.friendster.com/adibb
myspace:http://www.myspace.com/adib0831

Sebarang aduan dan testimonial/komen dan kutukan bolehlah berhubung terus melalui pautan ini.

Leave a Reply