Tentang Lapan March 23rd, 2008
Terus membaca dan menjawab oleh aku akan tag yang diberikan oleh saudara Fahmishah.
- Aku adalah aku yang bernama Adib dan di lahirkan pada tanggal 31 Ogos 1989;
- Aku pengguna Celcom dan Maxis;
- Aku merupakan yang kedua daripada tujuh orang adik beradik aku;
- Aku adalah seorang pemegang kad Rakan Muda Klasik;
- Silat Harimau Bentara Garang adalah seni mempertahankan diri yang di pelajari oleh aku;
- Berkebolehan dan keadaan ala kadar dalam guitar dan serba serbiu dalam alat muzik;
- Seorang penuntut di SMANH;
- Aku amat payah menulis dalam ketenangan.
Cukup lapan semuanya. Maka bermulalah saat aku menyebarkan tag ini seraya kepada semua yang ada. Sekian.
p/s: aku rasa tag ni memang popular ![]()
Tags: Celcom, fahmishah, Maxis, PAS, Rakan Muda, SMANH
Posted in Crepe, Life | 1 Comment »
Penantian Itu Satu Penyiksaan. March 20th, 2008
Salam Maulidur Rasul 1429. Semoga tahun ini kita bakal menjadi generasi baru yang membawa contoh akan datang.
Aduh, kena tunggu lagi setahun, dulu orang suruh mengaji dia tak mau, bila dah tak lulus baru sibuk nak mengulang. Itulah aku, terkandas dalam medan perjuangan yang mana aku tewas. Tak mengapa, langkah ku atur kembali bagi menempuhi peperiksaan yang seterusnya. Aku merujuk kembali diri aku, bermuhasabah sendirian, dan aku memahami aku tidak cukup lengkap bagi meneruskan perjalananku melainkan bermula semula. Maka sebermulalah dari saat ketika ini aku melakukan “big-bang” dari dalam diri aku untuk menjadi aku yang lebih mengerti.
Kegagalan aku bukan bermakna aku terus gagal, bahkan satu jalan untuk aku pergi lebih jauh. Percayalah!!!. Jangan aku tersungkur di medan ini.
p/s : malam ni ada ceramah sempena Maulidur Rasul di Alor Setar. Ahli panel cukup terkenal, Ustaz Azizan Razak ( Menteri Besar Kedah ) Ustaz Hadi Awang ( Presiden PAS ) Tuan Guru Ustaz Nik Aziz ( Menteri Besar Kelantan ) . Ayuh isi hati rohani.
Tags: aku, azizan, hadi awang, Kedah, kelantan, Maulidur Rasul, menteri besar, nik aziz, PAS, STAM, terengganu
Posted in Crepe, Islam | 4 Comments »
Lapan dan 12 Mac 2008 March 6th, 2008
Sila ambil perhatian dan ambil pendengaran dan penglihatan. Semua orang dah tahu tarikh istimewa diatas. Memang cukup istimewa dan agak bersejarah dalam tahun ini serta 4 tahun kegemilangan*shit* Barisan Nasional dalam permerintahan Malaysia.
Siapa-siapa yang sedang membaca tulisan ini dan telah cukup umurnya untuk mengundi, ayuh buang undi anda. Untuk yang mengundi pos jom ikut cara Rasso yang lebih di yakini dan berkesan (PUNDAK) Peti Undi Rosak. Jangan lupa tarikh mengundi anda. 8 Mac 2008.
Untuk berita kedua pula. Seperti yang kita sedia maklum yang mana aku telah lihat dan dengar di TV3 bahawa keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Agama Malaysia akan dapat mengambil keputusan pada 12 Mac 2008 pada jam 10:00am. Dan pagi calon persendirian keputusan akan di hantar kerumah anda.
Tags: mengudi, Pilihan Raya Umum, PUNDAK, SPM, STAM
Posted in School | 6 Comments »