Hidup Jangan Sombong… January 28th, 2008

crow.jpgKawan, bila aku dewasa baru aku tahu apa itu kawan. Apa itu sunyi, apa itu bosan, dan apa itu kawan… Kadang-kadang rasa diri ini terpinggir akibat kawan-kawan yang hanya hilang begitu saja :( Ada yang terputus hubungan, ada yang semakin matang dalam hidup. Tapi adat dalam berkawan janganlah terlalu sombong. Ada kita yang suka buat kawan, tapi tak tahu nak menghargai, ada yang buat kawan tapi hanya suka, ada yang buat kawan tapi buat sakit hati ja ( ini semua sifat yang ada kat aku) :P . Bila terasa rindu maka sebermulalah nak buat reunion segala. Nak piknik sama-sama, nak tengok wayang, nak main futsal bowling sampai semua nak tak termain. Tapi semua cuma perancangan. Bila aku ada di Malaysia ini teringat pula pada kawan-kawan yang ada di Mesir sana. Tahniah buat kalian kerana berjaya sampai ditahap yang amat membanggakan ibu bapa kalian. Aku? mungkin tak tahu bila masa akan aku sampai. Doakan semoga aku berjaya.

Tags: , , , ,
Posted in Crepe | 3 Comments »

Bukit Wang, Kedah January 24th, 2008

“Arghh.. panasnya, jom pi Bukit Wang. Kita mandi air terjun”

OK semua dah set, apalagi jom la kita terjah Bukit Wang. Untuk pengetahuan anda semua yang bukan berasal dari Kedah. Bukit Wang adalah salah satu lokasi yang agak popular bagi yang ingin ketenangan dan rehat di hujung minggu ( jangan datang hujung minggu orang ramai) dan juga yang ingin melakukan maksiat. Semoga ALLAH melindungi kita. Kawasan Hutan Lipur yang nyaman dan sejuk, amat best kalau datang beramai-ramai.

Puas hati bila dapat panjat batu yang tinggi, lepas tu terjun dari atas ke bawah dengan gaya yang agak logik bagi seorang penerjun kampung. Lagi memuaskan bila aku dapat tangkap berberapa kepingan gambar yang dapat dibawa pulang untuk dikongsi bersama.

Read more…

Tags: ,
Posted in Crepe | 3 Comments »

Quran.Noble bot January 18th, 2008

Assalamualaikum. Melakukan sedikit update. Hehehe ;) , nak buat camna dah terpaksa jugak saya sebarkan benda baik ini kerana ia akan membawa faedah kepada kita. Aminn.

Pertama sekali saya ingin memperkenalkan kepada anda semua tentang satu ID yang mungkin terkenal dan banyak membantu saya dalam kehidupan seharian. Dalam kita menyelusuri dunia internet kita tidak boleh lupa dan lalai. Oleh itu jom kita berkenalan dengan Quran.Noble . Quran.Noble ni sebenarnya merupakan sebuah bot yang terdapat dalam ratusan bot yang ada. Tapi bot kali ni memang istimewa dan amat berguna. Ia sejenis bot yang berunsurkan Islam, saya yakin bot ni akan banyak membantu kita yang lalai kekadang melayari internet.

Quran Noble

http://quran.noble.googlepages.com/

Tags: , , , , ,
Posted in Islam | 2 Comments »

KAMI January 12th, 2008

Click here for the updates

KAMI

KAMI adalah kisah persahabatan lima orang sahabat dan perjalanan mereka dalam menghadapi liku-liku kehidupan.

Siapa yang pernah tengok cerita KAMI sila angkat tangan anda keudara!. Seronak tak cerita ni?. Memang seronok sebab cerita ini berkisar tentang muzik bawah tanah ataupun “underground”. Lagu yang diselitkan juga menyebabkan aku rasa manis telinga saja.

Drama ini di bintangi oleh lima orang remaja :

behindthescene06.gif

Aku tertunggu-tunggu bilakah filem mereka akan berada di panggung wayang. Singgah aku di ProjekKAMI untuk mengetahui, tapi cuma tertulis pada tahun 2008. :| Tapi takpa kita tunggu…

Read more…

Tags: , , , , , , , , , , ,
Posted in Crepe | 17 Comments »

1429 Hijrah January 10th, 2008

Aku rasa sambutan tahun baru Awal Muharram sepatutnya diraikan dengan lebih meriah, dan bukannya suram. Bagaimana dengan azam tahun baru kalian semua. Pastikan anda istiqamah ia itu bermaksud beramal secara berterusan dengan penuh keihklasan. Setiap perkara pasti ada dugaan, dan dugaan itu akan mematangkan kita. Seperti apa yang menimpa aku. Terlibat dalam satu kemalangan kecil yang tidak meragut mana-mana jiwa atau insan yang tidak berdosa. Melibatkan dua motosikal jenis EX5 dengan kuasa 100cc keluaran Honda. Kasihan, mangsa yang terlibat adalah “adib.” dan rakan beliau. Ya, aku adalah mangsa tersebut!. Walau bagaimanapun kedua-dua motosikal tersebut hanya mengalami kerosakan kecil saja. Cukuplah semua ini menjadi pengajaran buat diri ku yang terlalai ini akibat salah dosa aku sendiri.

Semalam adalah sejarah yang tidak mungkin boleh di ubah; Hari ini suatu kenyataan yang harus di tempuhi; Esok adalah mimpi yang masih belum nyata.

Ayat yang aku ambil daripada iklan Ma’al Hijrah 1429 dari TV3.

credit: www.myhiburan.com

Posted in Islam | 2 Comments »