Ini yang terakhir… December 31st, 2007
Bosan, tiap hari itulah yang selalu keluar dari mulut aku yang tak menentu dalam hidup ini. Aku nak berazam bagi tahun depan, tapi aku takut jika masih berada di takuk lama dan tiada pelunjuran yang mampu aku lakukan. Tiap tahun aku rasa macam sama saja.
“Saat ini mana degupan ahh… ( Ranggi Metropolis - Awie Wings)” lagu yang sesuai pada waktu ini. Ya, aku suka dengan lagu ini. Pelik juga, dimana kuasa lagu ini hingga aku tertarik memainkannya berulang kali. Aku rasa lagu ini macam kena dengan dunia sekarang
.
Ada beberapa benda yang aku amat inginkan sebagai seorang bloger sebagai memenuhi syarat untuk 2008 yang akan menjelma esok.
- Lulus peperiksaan STAM
- Kamera
- Notebook/Laptop/PC
- Pendrive(agak ketinggalan zaman aku ni)
- Domain dan Hosting(aku rasa mungkin telah sampai seru)
- Telefon bimbit baru (aku akan cuba dapatkan simpack Celcom serta DiGi,mungkin jugak Happy)
Itu saja, tapi agak berat jika ingin mendapatkan semuanya sekaligus dalam tempoh masa terdekat. Dan bagi aku jika melihat senarai barang hajat aku atau wishlist memang adalah mustahil, tapi tak pa tenang aja ‘just do it‘ .[-O<
Untuk malam ni, siap sedia la cuci mata semua malam ni pasti ada remaja yang menghampirkan diri kedalam kerosakan akhlak berpeleseran hingga lewat malam, terpekik terlolong untuk menyambut tahun baru 2008 dengan cara barat. Islam Hadhari, cara ni yang mereka bawa untuk menyambut tahun baru. Wahai remaja walaupun pesanan aku mungkin sama sekali tidak dapat didengari bahkan jauh sekali untuk membacanya, tolong ingatkan rakan-rakan menyambut tahun baru biarlah melalui pengisian yang menepati syarak, jagalah budi perkerti akhlak, maruah dan minda dari di racuni kuning. Sekian pos yang terakhir untuk tahun ini. Wassalam. ![]()
p/s: jangan lupa kita juga akan menyambut tahun baru hijrah. Pada 10 Januari Insya-ALLAH. Pastikan sambutanya meriah seperti tahun Masihi.
Tags: , 2007, 2008, awie wings, ranggi metropolis, STAM
Posted in Crepe | 5 Comments »
Rintihan 2007 December 29th, 2007
. . . . . . . Jam terus berbunyi.Sekarang dah pukul 10:00 pagi. Terasa pantas saja masa berlalu, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Aku terus lena dalam kepantasan masa ini. Beberapa puluh jam dari sekarang tahun 2008 akan menjelma meninggalkan 2007 dengan bermacam-macam 1001 kenangan yang pahit, manis, masam, secukup rasa dan tiga rasa. Dan yang paling pasti tahun 2008 akan datang dengan membawa suatu cabaran baru buat umat manusia bagi menempuhi hidup yang akan mendatang. Debaran bagi menunggu keputusan peperiksaan STAM semakin bertambah dan semakin hari aku semakin takut untuk melangkah lebih jauh. Hanya ada dua pilihan. Berjaya atau mengulang. STPM, oh tidak sanggup. Mendapat sesuatu yang tidak di ramalkan dalam keputusan peperiksaan adalah amat membanggakan untuk diri aku sendiri. ![]()
Tapi kadang-kadang aku tak paham dengan manusia yang semakin hanyut deras dalam arus ini terus lena di ulit intan ‘enjoy’ kata mereka… Masih aku bertambah serabut dengan remaja kini. Aku tidak nafikan aku juga seorang remaja seperti mereka tapi, wooii bangun laa jangan asyik hidup dalam mujur dan berharap saja.
Sepatutnya tahun pada tahun 2008 kita perlu ‘post-mortem’ kembali masa lampau 2007 kita. Lihatlah apa dosa kita(termasuk aku) dan seharusnya sambutlah tahun 2008 dengan berterima kasih kepada ALLAH S.W.T dengan selalu mengucapkan Alhamdullilah kerana masih dipanjangkan umur kita. Aminn …
Tags: 2007, 2008, STAM, STPM
Posted in Crepe, Life | 4 Comments »
Proton Savvy December 26th, 2007
Everyone already knew this car. It’s a Malaysian made car. So how about we took some talk from the other countries about our car. I found some videos to show.
The video is taken from FifthGear. Drive the Savvy up the hill. Comparing between Proton Savvy, Hyundai Amica(also known as Inokom Atos), and French made car called MC2.
Powerred by 1.2 litre engine producing 75 horsepower. It’s the Proton Savvy.
Tags: amica, atos, french, hyundai, inokom, malaysian, mc2, Proton, savvy
Posted in Crepe | 4 Comments »
Raya Banjir II December 24th, 2007
Bersambung lagi dalam siri penulisan yang tak seberapa ini. Kali ini penyambungan akan di lakukan tentang Raya AidilAdha dan banjir yang hampir melanda seluruh Malaysia.
Perasankah kamu semua tentang AidilAdha kali ini nampak lebih meriah walaupun banjir. Ada segelintir manusia yang tidak merasai perasaan dan jiwa raya dalam banjir. Apa yang ingin aku maksudkan ialah waktu takbir pada malam raya. Aku terus tergerak menulis di dalam buku kecil yang aku sentiasa bawa untuk mencatit maklumat yang penting bagi di jadikan modal dalam penulisan. Ketika takbir pada malam raya AidilAdha aku dapat lihat umat manusia bersatu untuk bertakbir. Aku tidak bermaksud untuk memalukan mana-mana pihak. Titik-titik penting disini adalah ketika takbir malam raya yang di adakan di pusat penempatan mangsa-mangsa banjir. Apa yang aku dapat lihat disini ialah makhluk ALLAH yang berhimpun datang dari segenap ceruk bertakbir. Aku yakin dan pasti sebelum ni ada antara kita yang malas untuk bertakbir pada malam raya atas alasan sibuk untuk melakukan persiapan AidilAdha(termasuk aku). Dari pusat pemindahan itu bergemalah suara takbir yang di laungkan oleh umat Islam seluruhnya.
Apabila berlaku banjir maka ini adalah menjadi tanggungjawab kita untuk menghulurkan daging ibadah korban kepada mereka yang memerlukan. Sedih aku mendengar bila mana mereka tidak dapat melakukan ibadah korban seperti yang dilakukan oleh saudara seagama di Malaysia.
Jika difikirkan kembali bagaimana nak melakukan ibadah korban sedangkan segala hasil tanaman, ternakan dan harta benda hapus di tenggelami air bah. Mari sama-sama hulurkan tangan ringankan beban (ayat macam biasa dengar).
Cukup dulu setakat ini. Aku cuba menghasilkan tulisan sebegini dalam keadaan yang cukup sempurna tapi tak upaya, aku hanya aku yang lemah. Sekian.
Picture taken from : http://artpixel.fotopages.com/
Tags: , AidilAdha, banjir, daging korban, ibadah
Posted in Islam, Life | No Comments »
Raya Banjir December 22nd, 2007
Saya dengan ini Muhammad Adib bin Haron, ingin menyusun sepuluh jari memohon maaf buat diri ini. Andai aku terkasar bahasa(komen laa tu), terlambat update dan apa-apa yang aku tak sengajakan mengundang ketidak puasan hati anda semua. (ayat ini digunakan apabila habis modal).
Dengan lafaz Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca dan peminat setia(walaupun aku bukan artis) . Dalam kita meyambut Aidil Adha kali ini banyak pengajaran yang dapat kita perolehi terutama daripada banjir. Aku sempat merakamkan aksi ketika banjir. Walaupun bukan seorang juru gambar profesional tetapi cukup bagi aku untuk meninggalkan kenangan… bersambung…
p/s: video masa banjir yg di rakamkan oleh adib. harap maaf jika tulisan ini tidak bernas. aku mengejar waktu dalam menulis, berada di kampung untuk bersama-sama tok wan aku yg sakit agak teruk -Al-Fatihah-.
Tags: , aidil adha, banjir, kedah changloon
Posted in Crepe, Life | 2 Comments »