Permintex Industries November 25th, 2007

Dah berhenti…Alasan aku berhenti dari kerja di kilang ni sebab aku tak tahan dengan cara kerja disini. Kerja 10jam. Jadi operator mesin cutting wayar berdiri tak boleh duduk. Mana boleh tahan. Hari pertama aku mula masuk lane dengan org lama, aku hanya disuruh berdiri dan tengok itu tengok ini. Perghh brader… mana leh tahan..Jadi, aku adalah seorang blogger yang agak bebas sementara mencari kerja lain. X( X(

Iah.. Ishh betul tak apa yang aku tulis kat tajuk atas :-S . Aku pun tak pasti nama kilang tempat aku kerja ni. Tapi macam tu laa bunyi yang aku dengar sepanjang tiga hari menjadi pelatih di sini. Apa yang aku buat sebagai pelatih??? memang letih, lebih baik aku kembali ke zaman sekolah. Yang hanya tenang, santai dan rileks saja. Baru duduk ja, maka bermulalah syarahan yang amat membosankan. Kalau berkenaan syarikat aku memang berminat nak tahu, tapi yang amat mentensenkan kepala ini F*** **f X( (aku tak tahu nak tulis apa untuk menggambarkan kesemakan yang ada dalam kepala. Cukuppp!!! Opss sebelum aku terlupa nak beritahu kamu orang semua yg kilang aku kerja ni merupakan salah sebuah kilang ada atas bumi Malaysia (ye la kot O:-) ) ditugaskan untuk mengeluarkan “wire harness” bagi kereta yang terdapat atas jalan di Malaysia. Pelanggan yang tetap bagi kilang ni Proton dan Perodua. Aku dapat tau juga ura-ura dari dalam kilang yang mengatakan mereka merekruit pekerja baru seperti aku ini sebab nak tampung pengeluaran bagi kereta terbaru Proton BLM. Aku tak begitu pasti tentang berita angin yang bersebaran pantas. Cutting, kat sini kerja aku agak mudah. Tengok S.O.P (Standard Operation Procedure) lepas tu aku set tekan-tekan, klik-klik kat dalam komputer yang disediakan. Tunggu wayar keluar lepas tu gantung dekat rak. Dan tunggu lagi orang datang cek wayar, habis lepas tu rilek. Macam tu la yang akan berlaku setiap hari-hari dalam hidup yg akan aku coba lalui. Kalau selamat mungkin 3 bulan ja kot. Tengok la keadaan. Ok Choiyok.. Wsalam..

p/s: bermula pada tika ini akan berlakulah kesibukan yg melanda seperti mana dialami oleh mana-mana blogger sebelum ini. :|

Tags: , , , , ,
Posted in Crepe, Life | 4 Comments »

Jalan-jalan… Kerjalah… November 15th, 2007

Cemburu, dengki, hasad, geram… X(

Ishh…macam mana aku nak muntahkan dan luahkan segala rasa hati ni. Geram aku lihat semua kawan-kawan yang sebaya dengan aku, yang bersama-sama menduduki peperiksaan STAM 2007 bersama-sama dengan aku dah dapat kerja sampingan (ataupun sepenuh masa). Aku tengok mereka dah boleh mengukir senyuman dari raut wajah yang kepenatan.Petang tadi aku bermotorsikal meronda-ronda sekitar pekan berhampiran melawat beberapa rakan yang baru pulang dari kerjaan. Mereka ni buat “part-time” jadi gaji boleh la ambil dua kali sebulan. Hari yang ke-15 dan hari yang ke-30. Perghh…teruja aku tengok semua shopping handset bagai nak rak. Canggih-canggih belaka. Puas hati mereka. Tak kurang juga dengan seorang rakan aku yang telah berjaya memiliki Yamaha LC135 ES. Memang berbaloi laa korang penat kerja.

Ok. Aku juga tak mau nak lupakan rakan aku yang menduduki semula kertas peperiksaan SPM dek ke-kantoi-an paper yang tahun lepas. Tahun ni pasti lakukan yang terbaik.

Meet Uncle Hussain - La La La Kerjalah

La la la 6x

Ha…pening kepala…
Memikirkan tak ada kerja..
Dalam anggun pilu ditohmah
Ah gantung dirimu saja

Ooo, lega rasanya….
Jadi kerja pegawai pemasaran..
Di Pertama…
Rupa oh rupa2 nya…
Kerjaan saja…

Chorus:
La la la
Hari hari kerja..
La la la
Bosan dengan kerja
La la la
Hidup harus kerja…kerja…

Repeat chorus 2x

Ahhhh..terpinga-pinga…
Tak puas lagi beradu…mengantuk~…
Subuh hingga senja…
Hari hari sama saja…

Ahh..nak bancuh kopi..
Tapi gulanya tak ada…
Minum saja…
Kerja bagai nak gila..
Sama sahaja…

Repeat chorus 2x

Gelisah..ku gelisah..
Mengenangkan masa depan…
Ku harus kerja..
Ohhh mesti kerja..
Tiada ada apa yg percuma…
Jika tiada kerja..
Ohhh, papa kedana…

Repeat chorus 2x

Baik sambung cerita aku tadi. Walaupun gaji mereka tak seberapa sekurang-kurangnya mereka dapat menghabiskan masa cuti mereka dengan aktiviti yang lebih menyihatkan badan, berbanding dengan aku yang hanya makan, internet, dan tidur. Pengalaman itu yang penting. Memang itu aaku tak nafikan.

Nak ber-blog pun sekarang dah jadi badmood. Kalau aku berkerja, mesti ada cerita dari tempat kerja yang aku boleh ceritakan disini… mmMMmm.. ?

Posted in Crepe | 7 Comments »