Sudah TAMAT October 31st, 2007

Alhamdullilah. Sekarang aku adalah manusia yang merdeka di kalangan ribuan mereka yang menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Hati terasa begitu lapang, dunia aku rasakan hijau terbentangan. Puas aku rasa. Setelah lebih kurang 5 hari tempoh ujian, lega di hati. Semuanya aku muntahkan kedalam kertas jawapan. Tapi….

Ini ada bahagian yang paling menakutkan. Terpaksa berpisah dengan rakan-rakan. Tak tahu bila boleh berjumpa semula (hari ambil keputusan kot). Okay. Tak nak cerita ceriti ceritu panjang. Nak relaks, jalan-jalan bagi otak kembali normal, sebab pada malam ujian semua calon telah meng-overclock proccesor masing-masing. Ramai calon yang menggunakan memory pada tahap maksimas. Salut..Salut.. Chaiyokk..

Tags: ,
Posted in Crepe | 11 Comments »

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1428/2007 October 12th, 2007

Kad Raya

 

Tiada apa yang ingin diucapkan cuma ingin memohon maaf dari hati yang berdosa kepada anda semua yang membaca hasil tulisan ini. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. Maaf Zahir dan Maaf Batin, jika aku ada terkasar bahasa, terlajak tuturan, terguris peti hati anda. Sekian dari saya. -Adib.:X

 

Okla. Cukup untuk post ini. Ketandusan idea untuk menulis jadi aku rasa elok rasanya dihimpunkan seciput mesej yang aku terima seawal Ramadhan hingga akhir ini :(( . Sedih rasanya. Kelihatan langit mendung berarak, hujan turun renyai-renyai. Semua ini sudah teratur, Ramadhan bakal meninggalkan kita. Adakah lagi Ramadhan yang akan datang? Adakah Ramadhan ini yang terbaik buat kita? Fikir-fikirkan. :( Tengok la mesej ini, aku buat tontonan umum dan awam untuk anda semua. Klasifikasi U. Read more…

Tags: , , , , , ,
Posted in Islam | 7 Comments »

Bermain dengan Wordpress 2.3 October 8th, 2007

Hahaha :)) aku sedang bermain dengan Wordpress ini, walaupun macam-macam masalah yang melanda. Aku sangat hairan dan pelik kenapa kadang-kadang Wordpress ini kelihatan seperti agak bermasalah. Tiba-tiba saja muncul masalah pada database. Iaitu mengatakan yang gagal untuk mendapatkan ‘wp-comment’ aku sangat-sangat hairan dan pelik sekali. :P

Tetapi yang paling aku suka dalam siri Wordpress kali ini ialah kita boleh bermain dengan warna. Jadi selepas ini tiada lagi hanya hitam dan putih didalam hasil tulisan kita. Aku akan cuba manfaatkan ciri terbaru ini. Mari kita merwarna tulisan (kombinasi warna yang tidak menarik) Read more…

Tags: , , , , ,
Posted in Computer, Wordpress | 4 Comments »

Sudah Kemaskini. October 6th, 2007

Alhamdulillah. Boleh juga aku nak bergaya dengan Wordpress yang baru sempena Hari Raya Aidilfitri ini. ;) Anda pula bagaimana, sudah muatturun Wordpress terbaru ini dalam sirinya( 2.3) yang dinamakan Dexter. Belum puas lagi aku nak menyelongkar segala pelosok Wordpress ini. Aku akan ratahi habis-habisan sebelum aku membenarkan kau merasanya.

p/s: agak takut aku semasa melakukan kemaskini ini kerana khuatiri akan datang masalah kepada aku.

Tags: , ,
Posted in Crepe | 4 Comments »