HDD Jahanam!!!

HDD

Celaka!!! X( HDD rosak. Habis hilang semua data. Terutamanya gambar-gambar kenangan. Errghh.. :((

Syariat Puasa, Hukum dan Peraturan.

:) Ini adalah entri pertama aku dalam bulan Ramadhan yang mulia ini dan entri aku ini aku tulis pada malam ke-11 umat Islam di Malaysia kita berpuasa. Tajuk untuk entri ini bukanlah berkisar mengenai apa yang aku akan tulis, tetapi mengenai apa yang aku baca selepas solat Jumaat yang lepas. Buku ini percuma saja, setiap jemaah yang pergi solat di Masjid Ar-Rahmah akan diambil percuma siapa yang teringin boleh ambil. Buku ini terdapat dua versi cetakan tulisan iaitu Rumi dan Jawi. Aku ambil yang rumi ( kalau aku ambil jawi agak melemahkan semangat pembacaan aku kerana aku lebih lancar dalam tulisan rumi.)

Kulit Depan Buku

Buku ini karangan Syiekh Ahmad Faisol bin Haji Omar AMK., BCK. Beliau merupakan seorang Pegawai Agama Daerah Kubang Pasu yang merangkap pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Masjid dan Dakwah Daerah Kubang Pasu. Buku yang amat menarik dan perlu ditatapi oleh semua umat. Menggunakan bahasa yang ringan serta mudah difahami dan mempunyai penerangan yang lengkap. Cukup komen aku mengenai buku ini.

Terbitan Bersama

Sinopsis

p/s : bulan Ramadhan ni kita kenalah kurang bercakap banyak membaca. Sesiapa yang minat boleh menghubungi saya di flowerbunkus[at]gmail[dot]com.

Mendaftar di Paypal.com

Selamat juga akhirnya saya mendaftar di Paypal.com . Tapi apa yang menjadi kemusykilan dalam benak hati ini apakah tujuan saya mendaftar di laman web tersebut, dari mana saya bakal memperolehi sumber kewangan untuk di letakan kedalam akaun Paypal saya. Kepada anda diluar sana ayuh bantu saya dengan menderma sedikit jumlah wang Paypal anda. Saya tak kisah walaupun hanya USD 1. Ok cukup untuk pagi ini… ;)

PayPal macam mana aku nk guna…

p/s : masa aku tulis entri ini jam menunjukan pukul 4:13 am. Aku nak pergi bersahur…

Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan…

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:”Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya hingga tujuh ratus kali ganda, Allah Azza Wajalla berkata:” Melainkan puasa, kerana ia untuk-Ku dan Aku sendiri yang membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makanannya kerana-Ku.” Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan; kegembiraan semasa berbuka dan kegembiraan semasa menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada bau Musk.”.”

Hadis Riwayat Bukhari & Muslim
(sumber JAKIM)

SELAMAT DATANG WAHAI RAMADHAN(maksud tajuk entri)Lewat… Memang terlewat aku buat post… Aku tengok semua blog dah siap ada post masing-masing untuk Ramadhan esok (sejak entri ini ditulis). Macam-macam aku tengok hasil daripada ke-kreatif-an minda mereka. Ada yang buat gambar dan kad yang cantik-cantik belaka. Sebut tentang puasa ini, yang mana ada hutang yang tertunggak pada Ramadhan yang lepas tu, harap-harap tahun ni jangan diulang lagi. Kalau perempuan tidak mengapa sebab mereka ABC.

Salam Ramadhan

p/s : gambar diatas diambil daripada blog saudara Azmie dan Khai. Jangan lupa dapatkan slide yang di laman web tersebut. Puasalah seikhlas hati. ;)

Aku 18 Merdeka 50.

jajaja

Entri ini bagi aku mungkin agak pendek kerana hanya sepatah dua sahaja akan di ucap. Pertama, aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-50. Syukur kepada dJJI kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat terus menikmati kehidupan aman dan selamat ini. Untuk Merdeka pada kali ini aku telah teragak ekstrem(kemungkinan) kerana aku akan keluarkan semua jenis merdeka yang ada di dalam alam blog ini(huh. :| bagaimana nak lakukan).

Kedua, aku juga teramat seronok dan berbesar hati apabila ada juga insan yang tersayang /disayangi dan menyayangi diri ini (aku laa) sebab menghantar mesej SMS kepada aku sempena ulangtahun hari lahir aku. Terima Kasih tanpa kamu semua mungkin telefon bimbit Nokia 1112 aku tidak berdering di pagi hari Merdeka kerana menyahut semua mesej kalian.

google merdeka..

Ketiga, aku sudah menggilakan diri aku dengan beberapa penambahan untuk menaikkan unsur kemerdekaan. Aku akan terus biarkan Jalur Gemilang berkibar di blog aku. Harap Maklum. Aku juga telah mengenakan logo Malaysiaku Gemilang yang diambil secara percuma daripada liewcf.com.

yahoo merdeka

Akhiran, aku juga ingin mengingatkan kepada diri aku sendiri dan rakan-rakan dunia nyata dan blog; aku sudah 18 tahun maka dengan ini aku bebas melakukan apa saja yang terbatas bagi batasan kamu yang bawah umur. Tetapi jagalah adab dan tatasusila kamu wahai manusia yang berbangsa melayu. Katakan Tak Nak! setiap sedutan membawa padah(walaupun 18 jangan sekali-kali mencuba). Cukuplah latahan aku untuk edisi kemaskini blog pada pagi yang mulia ini. Jam sudah menunjukkan pukul 4:26 am; Jumpa lagi pagi esok aku mahu tidur dulu kerana esok aku mahu bercerita mengenai cara dan bagaimana rakyat Malaysia dan yang lain-lain menyambutnya.

p/s : gambar aku ciplak merata…apa laa yang aku tulis nih..susah nak paham.. :(