Post Yang Penat…

Kelmarin, pengalaman berkerja memang meletihkan. Baru aku tahu macam mana letihnya ayah/mak kita yang berkerja di luar sana. Rasa malas nak tidur semua datang menyelebungi diri. Masa entri ini di tulis pun sakit-sakit sendi otot masih tak hilang lagi. Mungkin akibat lama tidak bersukan dan melakukan aktiviti berat. Huhuh ;)) , untuk sesi kerja katering kelmarin merupakan hari pertama kali aku balik lewat. Kalau di ikutkan selalunya laa kami akan pulang sebelum pukul 8:00 malam, tapi terlewat 15 minit pulak. Selesai saja mengemas semua pinggan mangkuk gelas kami terus pulang. Waktu ni la yang nak seronok kerana dapat duit upah. HAHAHAHAH :)) bukannya banyak pun cuma RM30. Cukup la untuk buat belanja atau enjoy sikit.

aku penat..

memang penat… Tak tau kenapa??? (:|

Ini update.

Gila GempaxHahaha :)) . Blog ini bagi aku memang sudah cukup lengkap pada pandangan aku. Tak tahu nak di tambah apa lagi. Plugin semua aku sudah selesaikan. Paling aku teruja adalah pada plugin Twitter. Memang canggih, senang, kalau aku malas update aku terus hantar mesej kepada Twitter dan dia akan tolong aku. Hihih ;) aku dengan Twitter ni pun baru saja mendaftar. Ada sesetengah orang kata Twitter dah tak best sebab ada saingan daripada Pownce. Apakah bendanya semua ini. Alahai internet. Macam-macam ada!.

*gambar itu hanya sekadar hiasan

Hari Ini…

Sekadar HiasanRasa-rasa aku la kan. Kalau tak silap dah lebih kurang dua tahun aku berkecimpung dalam dunia blogger, tapi secara professionalnya setelah mendapat sokongan daripada angah (myhiburan.com) dan azmie (gempax.net). Apakah tujuan aku blog masih aku pun tak jumpa matlamat asalnya. Gaya penulisan aku adakah semakin berubah dari hari kehari? Semua ini menjadi tanda tanya ??? :-? aku pelik dan hairan. Terkadang rasa cemburu terhadap blog rakan-rakan lain pun ada. Tetapi cemburu yang aku maksudkan disini ialah dengan gaya penyampaian, penulisan, penambahan ilustrasi supaya lebih menghidupkan post mereka adalah amat memedihkan hati ini. Aku akan cuba menjadi blogger yang lebih profisional dengan bantuan para blogger sekelian… Ok laa..cukup setakat ini dulu. ( Ini adalah leteran terhadap diri sendiri)

Sekadar HiasanMasuk kepada cerita lain pula… Video best aku dapat daripada LifeHacker.com (pautan yang aku dapat masa tengah layari MyBlogLog.com) Memang sifat ingin tahu manusia tak dapat kita pisahkan daripada dalam diri kita termasuk aku. Semangat ingin tahu itu juga yang telah menyebabkan seorang mamat Kipkay telah merobek bateri dan tengok apa yang ada dalam bateri tersebut. Nah!!! memang jimat.

Tengok video di sini!!!

5 things : tagged by Azmie

Uishh..kena jawab la. Ini adalah update untuk hari ini.

5 things found in my bag

Papermate S-Fine Black Colour Pen, Buku Contengan, Mineral Water, Mp3 Player, Sampah Sarap kecil-kecilan ;)

5 things found in my wallet

IC, Lesen PDL ( B2,D ), Duit Ringgit, Kertas Merapu (including gambar aweksss ),kad bisnes ( saja nak bikin tebal )

5 favorite things in my room

Tilam busuk, bantal busuk, kipas angin, meja study, ubat nyamok :D

5 things I’m currently into

Solving this thingy tags, chating, surfing laaa, maen guitar, FIFA 07 :D

5 people I’m going to tag

You….dh baca tu terus copy masok blog korang cepat laa..

Pendang Lake Resort

15-18 Ogos 2007 yang lepas..Aku dengan member seperjuangan STAM menyertai seminar anjuran Sekolah Menengah Agama Makarimul Akhlak di Pendang Lake Resort. Tempat seronok, dah la ada tasik kat situ memang seronok nak tulis pun susah. Pertama kali belajar main kayak. Seumur hidup baru pertama kali aku aku berkayak, mula-mula memang takut tapi lepas sekali dah cuba. Memang nak lagi ar… Penat seminar, penat main kayak. :) tapi sayang la semua tu takdak kamera nak snap. adushh..rugi sangat… aku tak kan lupa untuk satu member group aku nama Mashitah :X .huhuh.. miss u

Negaraku Versi Rap…AWAS!!!

Whooaa..terkezut jugak aku tengok Harian Metro pagi tadi…Gila r..memang berani Namewee buat. Tapi tak syok sangat sebab dalam Bahasa Cina. Dan yang paling aku tak puas hati ialah mengenai lagu itu yang kutuk umat Islam. Jangan mulakan kalau tak mau peristiwa 13 Mei berulang kembali. X(

Maaf kalau ada terlebih sifat perkauman. Aku harus mempertahankan agama, maruah dan bangsaku. X( X(

Tekan Sini Untuk Tengok Video.

HarianMetro

HarianMetro