Kena Spam Lagi… May 31st, 2007
Baru sebentar tadi dalam pukul 4 petang, sedang aku rilek-rilek membelek-belek peti surat melihat emel yang baru di terima.
Jadi nasihat aku kepada semua yang terlibat dalam Dunia IT, berhati-hatilah, jangan sekali-kali anda memberikan maklumat peribadi kepada orang yang tidak di kenali. Seperti aku, mujur tidak terpedaya dengan hasutan ini. Tolong dan tersangat tolong aku merayu, jangan la ikut apa yang korang dapat dalam email dan jangan percaya bulat-bulan 100% dengan emel yang anda terima…
Sekian,
Posted in Crepe | 4 Comments »
Advertlets.com May 24th, 2007
Hahahaha
Advertlets sudah siap dipasang. Di atas, kiri dan kiri (sorry sebab sidebar saya terletak di sebelah kiri. Dan tunggu la sehingga Advertlets roll dia punya network malam ni.
Sekian.
Posted in Weblog | 6 Comments »
Sekarang Mood Peperiksaan May 15th, 2007
Harap Maaf Semua… Selalu jadi begini…sedang aku syok blogging tiba-tiba ada sahaja dugaan yang mendatang… Kali ni terpaksa sungguh berhenti sekejap, kerana ada peperiksaan yang akan ditempuhi. Tak nak pisang berbuah dua kali..
Sekian, Wasslam
Posted in Crepe | 3 Comments »
Panggilan Telefon Berunsur SCAM May 3rd, 2007
Diterima pada jam 8:30 pm.
Hahahah
padan muka dia. Ayah aku seorang yang bijak. Terus menerus dia tanya operator hadiah apa yang akan dia dapat. Akhir sekali operator tu letak telefon dan dengan senang hatinya ayah aku ketawa-ketawi. Memang padan muka operator tu. Nak kenakan kitorang konon. ![]()
Posted in Crepe | 5 Comments »
Melayu???Me-layu May 3rd, 2007
Sekali lagi nak di luahkan rasa sedikit kekesalan didalam hati ini terhadapa gelagat anak-anak muda-mudi kita. Terutamanya perempuan. Semalam saya sedang melayari Youtube.com . Sebenarnya untuk pengetahuan anda semua, banyak info yang ada boleh dapatkan di Youtube.com, contohnya saya, selalu mencari-cari highlight untuk perlawanan bola sepak. Tak kira luar negeri mahupun. Tahniah kepada segelintir user di Youtube.com yang sanggup berkorban. Berbalik kepada tajuk kita. Melayu atau Me-layu. Bagi istilah yang pertama sudah maklum bagi kita. Akan tetapi bagi istilah yang kedua sengaja saya terbitkan dalam tulisan ini, iaitu “Me-layu” maksud yang sudah pasti jelas disini ialah seperti sekuntum bunga yang sedang melayu. Anda dapat maksud saya??? Adakah kita mahu menjadi seperti itu. Terus melayu dan membiarkan bangsa asing menguasai kita. Sedangkan negeri ini kita yang punya. Ayuh.. sedarlah wahai manusia semua kaum kita melayu. Jangan terus lena di ulik mimpi. Dunia kini hanya di hujung jari. Cukuplah sedikit leteran dari saya. Tidak mahu terus mengetuk gegendang telinga anda. Siapa Makan Cili Dia Yang Terasa Pedas.
p/s:video yang aku dapat.korang search saja melayu kan dalam youtube.com pasti jumpa lebih lagi.
Posted in Islam, Life | 6 Comments »
